Tuesday, April 12, 2016

bulan ketiga

bagi aku,bulan ketiga bulan yang gembirakan aku.tahun ni,bulan ni sangat baik dengan aku. aku pun tengah bergembirakan hati walaupun aku terasa bagai diawang-awangan. kadang-kadang aku tertidur dekat kantor sebab awangan ni belum habis lagi.sungguh aku rasa Allah baik sangat dengan aku untuk aku terima apa rezeki yang Dia beri padaku.

sebulan sebelum bulan ketiga,aku ada kirimkan doa dekat sahabat aku yang berangkat ke Mekah.kali ini,aku titipkan betul-betul apa yang aku rasa.kadang-kadang tu aku rasa sangat sedih,terlalu banyak permintaan aku dekat Allah. padahal aku sangat liat nak solat awal. semasa aku taip doa aku,aku turut menangis. menangis kerana malu dengan apa yang aku nak minta. kadang aku rasa aku terlalu emosi. kesian suami aku,kena hadap aku tetiap hari menangis. aku menangis sebab aku rasa terlalu beban dengan dunia. aku rasa aku tak mampu nak handle lagi.

antara doanya aku titipkan ke Mekah :

"tiupkanlah roh ke dalam rahimku dengan izinMU, Ya Allah"

sungguh,

Allah sangat baik. Dia masih memberi aku peluang untuk rasa diawang-awangan. rasa gembira pada bulan ketiga ini. sebak betul aku rasa semasa menaip ni.

Membesarlah dengan sihat sayang. Aku pasti akan menunggumu.

Terima Kasih Allah.

No comments:

Post a Comment