Monday, September 30, 2013

FRESH ENOUGH

Masa berlalu macam tahu aku sedang menunggu.

Aku suka begini.perasaab yang diulit dengan penuh semangat kerja.


Agak skema.

Saturday, September 28, 2013

RAGU

Perasaan ini selalu muncul setiap hari isnin dan jumaat.Ragu-ragu ini tak bagus sebab aku selalu ada bermacam fikiran.boleh dikatakan aku selalu banyak berfikir.Hatta benda remeh pun.

Okay.

Macam ni ceritanya.

Setiap kali hari yang ini tiba,satu perasaan yang sungguh menusuk ke dalam satu.pelbagai pilihan yang perlu aku buat.

Ini bukan Monday Blues or TGIF.

Setiap kali tiba hari Isnin dan Jumaat,aku akan naik tren. Melainkan adik aku nak hantar aku ke opis atau budak opis aku rajin nak balik awal hari jumaat. Yela,hari jumaat ni jammed nye bukan kepalang.kadang boleh cecah 3 jam baru sampai rumah. Rata-rata budak opis aku akan balik lepas peak hour ni. Tak sanggup nak himpun dosa mencarut.

Mana cerita aku?

Jadi,bila kedua-dua situasi tidak memihak kepada aku,aku terpaksalah naik LRT. Aku kira agak beruntung jugak sebab depart dengan arrival aku adalah gombak dan asia jaya. Kalau tengok peta LRT ni,masing-masing dok hujung. Dengan erti kata lain,senanglah aku nak loloskan diri aku yang kecik molek dan touchdown the sit. Aku selalu bernasib baik dekat situ.

Biasalah,bila terlalu selesa,datanglah perasaan ragu-ragu ni. Aku selalu akan pilih tempat duduk yang sebelahnya dinding.bolehlah aku bermanja-manja dengan dinding plastik atau besi. Kalau kurang baik,aku duduk saja ditengah. Tongkat dagu dekat helmet. Keadaan aku bila naik LRT mesti ada beg laptop yang takda laptop,helmet dan mp3 yang di lolos ke lohong telinga. Aku lebih suka duduk sebab banyak barang yang aku bawak kat situ.

Jadi,keadaan ragu-ragu ni selalu tiba bila sampai ke stesen Wangsa Maju. Segerombolan manusia akan berebut masuk. Memang padat. Stail bas metro aku naik dulu zaman tingkatan 4 dan 5. Manusia ni bermacam bentuk. Pendek,panjang,bulat,petak dan segitiga.

kah.kah.

Oleh sebab itu,kejadian manusia terjadi dengan adanya dua manusia. Tak perlu explain detail lah kot. Yang detail aku nak cerita kat sini,keadaan manusia yang masih belum sempurna. Manusia yang bejasad,tapi belum ada. Macam parasit yang baik.

Hah,peninglah tu.

Orang mengandung.

Okay,yang ini aku selalu mengalah dan bangun untuk bagi diorang. Yelah,diorg bawak generasi baru yang bakal mengubah malaysia ke arah yang lebih baik. Yang jadi ragu nya bila aku bangun untuk bagi tempat duduk,diorang yang biasanya mengandung dalam 4 bulan ke atas akan duduk. Yang lain akan tolak.WTHeck!!aku dah lah bersusah payah nak bangun pegang helmet dan pakai beg laptop boleh pulak tolak. Jadi,apa yang aku buat?duduk balik.memang orang sekeliling akan paham situsi tu. Tapi bila orang stesen lain masuk,memang di serong serongkan pandangan itu. Penyelesaian nya,aku pejam mata,dan pura pura tidur. Dalam hati bersangka baik. Mohon agar beliau turun ke stesen seterusnya.

Satu lagi golongan emas.Diorang ni  susah nak cam. Dekat sini aku ada dua situasi. Yang pertama,kenalpasti mereka. Part nak mengenal pasti ni agak mencabar.sebab golongan emas memang 50 tahun keatas. macam 40 tahun? 30 tahun? Yang 50 tahun ni memang rare nak masuk LRT saat peak hour ni. Aku pernah ada situasi LRT padat tahap sardin. Dan time tulah budak opis yang aku selalu tumpang boleh pesan suruh bawak safety helmet dari rumah. Kira ada dua helmet aku bawak masa tu. Disebabkan dah termakan budi,aku bawak jelah.Dengan harapan dia akan menumpang kan aku Jumaat nanti.

Jadi,pada hemat aku,memang patut lah aku duduk sebab ada dua helmet aku bawak. Kalau aku berdiri,radius aku besar dan penumpang lain tak selesa. Jadi aku terus duduk dan pejam mata.

Nak dijadikan cerita,aku tersedar semasa di KL sentral,memang ramai dah keluar dari LRT. Yang buat aku tersedar,orang sebelah aku yang mengandung dalam 7 bulan bangun bagi tempat dia kat orang yang aku ragu-ragu dia tua atau tidak itu.

Argh.sekali lagi dipandang segampang itu. Dengan kondisi yang mamai,aku bangun dan bagi akak itu tempat duduk aku.

Dia pandang aku dengan muka yang kurang menyenangkan. Aku rasa pakcik tu ada dari masjid jamek lagi kot dan seingat aku,orang yang dok sebelah aku tu tak mengandung,ni mesti kes dia bangun. Dengan muka yang tak senang tu,dia tunjuk isyarat tangan. Dia kata tak mahu. Malu.nak duduk rasa bersalah.sebab ada dua prioriti yang memang akak dan pakcik tu patut dapat tempat duduk tu.teruskan berdiri kat tiang.tapi bukan kabin yang sama.aku berjalan ke kabin sebelah. Malu wo.

Sempat aku mengerling,akak tu masih tak duduk kat tempat yang aku bagi tadi.apakah hina sangat tempat aku itu?pelbagai persoalan menjalar dalam otak aku.

"Bangsar..Bangsar"

Aku berharap dekat kabin ini ada orang keluar kat stesen ni sebab aku nak duduk. Yes! memang ada. Jadi aku pun duduk sambil lagu breaking benjamin so cold berkumandang.

Sempat aku mngerling.akak tu dah keluar.

Mungkin muka dan isyarat tangan tu membawa maksud :

"Takpa dik,akak dah nak sampai,jangan bangun"

oh celaka.

penat aku dok beragu ragu,