Monday, October 3, 2016

si kecilku

Wahai si kecilku,

Andai nanti kita bersua,harap kau tidak terlalu terkejut dengan aku. Aku mungkin bukan penjaga mu yang terbaik. Aku mungkin akan selalu alpa dengan duniawi. Aku jugak berharap kau selalu memaafkan aku sekiranya nanti aku melampaui batas.

Aku juga ingin meminta maaf dari awal andai kehadiran kau nanti kau rasa begitu terasing dengan ahli ahli yang ada. Aku harap engkau tabah dan terus maju dalam hidup kau. Maafkan aku sebab aku tak mampu memberi apa yang kau mahu kelak.

Si kecilku,
Aku sangat rasa bertuah dengan kehadiran kau. Betapa Tuhan masih memberi aku peluang untuk mencorakkan kehidupan baru kepada KhalifaNya. Tanggungjawab yang sangat besar. Aku sendiri kadang kala rasa menggigil memikirkan ia. Moga di suatu hari nanti kau mampu mempertahankan agamamu demi Tuhanmu yang satu. Allah.

Sekian sahaja si kecilku.semoga kita dapat bertemu,berpeluk,berkasihani sesama kita.