Tuesday, July 19, 2016

I wanna be Saikyo hero

Sememangnya,raya kali ini lain sangat buat aku. Semangat raya aku agak meningkat menjelang malam raya.Walaupun aku tak dapt bergerak bebas dan menolong diorg,aku masih setia duduk di tepi kerusi memberi sokongan. Haha

Suami dan adik beradik dia sangat rajin. Sehari sebelum raya sibuk membersihkan rumah. Bukan macam aku adik beradik. Kami selalu tiada di rumah sehari sebelum raya sebab dah balik ke kampung. Bosan. Rumah sendiri tak kemas. Selalu selepas balik raya baru nak kemas. Itupun sebab ada open house.

Menjelang malam raya, suami pulak jatuh sakit. Demam panas. Menggigil dia. Aku dengan bapak mertua aku bawak dia pergi klinik di Bangi. Bukan main jauh lagikan. Dalam keadaan aku tengah gundah gelana suami sakit, dapat pulak berita daripada keluarga aku. Hmm.. Bertamabah gundah gelana lagi hati ini.

Kadang tu,rasa macam nak lari dari semua ini. Entah dah berapa post aku asyik mengungkit nak lari dari masalah. Belum matang lagi aku ini.

Akibatnya,pada pagi raya,mata aku bengkak. Muka dalam gambar pun macam ntah papa. Tapi aku post je kat instagram.

Kadang rasa ralat jugak nak cerita apa yang terjadi sebab nanti jadi bahan tawa orang Melaka tu. Entah baca. Entah tidak. Kalau tengok statistik,macam tak baca. Harap-harap tak baca lah kan. Tiada benda lain dah korang nak tertawakan family aku.

Makin meningkat ke umur 30 an ni, makin banyak pula rasa perkara remeh yang aku dah cuba let go. Padahal,dalam hati aku masih memberontak cuba menyelesaikan masalah rumit. Risau jugak,menginjak separuh abad nanti,mula berpaling tadah dari orang yang kita sayang sangat sekarang atau sebaliknya.

Ramai je yang berkata, "Ah,panjang lagi perjalanan hidup kau ni,jangan fikir bukan-bukan". Macam diorang Tuhan pulak boleh tahu hidup aku panjang pulak. Aku sendiri,setiap masa rasa takut. Takut hilang orang-orang penting dalam hidup aku ni. Macam mana nak menginjak dewasa kalau aku masih tidak dapat menerima Qada and Qadar Tuhan.