Perokok
Aku dah banyak kali jumpa perokok kurang adab ni. Paling
biadap bila kat kedai makan. Selamber je lepas kan asap rokok dan vape tanpa
melihat kiri kanan depan belakang. Terlalu bengang sangat dengan apa yang
berlaku sampai rasa nak marah saja. Bila marah sangat,perkataan yang sopan oun
hilang.
Bapak aku pun sama biadapnya. Merokok tanpa menghiraukan
kesihatan dia. Alasan dia hanya
“kalau abah berenti
terus,abah lagi sakit.”
Abah kau!
Punyalah satu rumah ni risau tentang kesihatan dia. Alasan
dan keegoan dia tu menyumbang perasaan benci terhadap anak-anak yang selalu
mengharapkan dia sihat. Siapa yang tak mahu abah diorg hidup sihat sejahtera
kan. Ni lah salah satu perokok biadap.
Dekat ofis pun sama jugak. Selamber je isap vape dalam ofis.
Pandai pulak bila bos ada tak da pula di hembusnya. Bila aku bercerita tentang
kebiadapan perokok perokok dan vapers ni, boleh pulak kata macam ni
“ah,kalau macam.kau jangan makan lua.tak da lah kena asap
rokok’
Diorg punya alasan sebijik macam ahmad maslan. Patutlah
bangang semacam je diorg ni. Patutlah
ahmad maslan masih wujud. Patutlah perokok masih wujud. Patutlah vapers masih
wujud. Endless cycle.
Memilih kerja.
Aku memang suka menaip dan bercerita tentang perkara yang
terjadi sekarang. Tetapi tentang politik, aku tidak arif. Aku lebih suka jadi
pemerhati dan mengutuk dalam hati saja atau tulis kat blog. Haha. Aku takut
juga apa yang aku rasa tentang pemimpin tu salah. Tak tahu mana betul dan salah
sekarang. Keadaan ekonomi sekarang pun merundum. Dengan harga minya yang jatuh
40 barrel je. Btw, aku bukan arif juga tentang hal2 minyak ni walaupun aku
kerja masuk plant2 minyak dan muka berminyak. Haha
Pasal kerja ni,pagi-pagi lagi aku dah berangin sebab aku
kena ulang alik cari orang nak release permit to work aku. Punya marah tadi
sampai tak terkata. Takut terhambur kata kata nista je. Setela beberapa
ketika,barulah aku boleh tenang semula. Memikirkan kewajaran aku berperangai
begitu. Harap-harap esok masih waras dan masih lagi mampu bersabar dengan
segala tindak tanduk.
Kalau aku nak merungut soal kerja ni,memang aku tak layak
pun. Yelah,ramai lagi yang masih mencari kerja dan mengganggur. Aku pula bakal
ber’shutdown’ selama 2 bulan pada hujung tahun ini pun masih dapat gaji. Dalam
aku cuba menerap perasaan syukur dan cukup,masih lagi aku mengintai peluang
pekerjaan lain. Cuba nasib lah orang katakan.
Namun,rezeki Allah tu luas tiada terperi. Aku sekarang
sedang mengajar hati agar sentiasa rasa cukup dan yakin dengan segala atas
tindak tanduk aku ini adalah takdir dari Allah.
No comments:
Post a Comment