Saturday, November 28, 2015

Bersyukur

Dah sebelas hari aku cuma tidur 4 ke 5 jam sahaja.penatnya.ya rabbi.terlalu penat.lama aku tak rasa 'homesick' secara berkala.selalunya,aku boleh hadam.aku boleh tahan.cuma kali ni.perasaan tu makin kerap.

Tuhan tu,dah atur hidup aku dengan cukup cantik.kalau sang syurga masih ada sekarang mungkin dia pun tak tahan.dia pun akan meronta keluar dalam plant petronas tu.mungkin jugak aku boleh membantu rakan sekerja.

Sebab tu Tuhan tu sempurna.

Dalam kesibukkan aku menongkah arus kerja,sempat jua aku curi masa untuk bersosial di alam maya.biasalah.orang muda😅.Sempat jua aku meluahkan apa yang aku rasa melalu gambar.

Tapi.

Bila ada orang cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat,aku marah.aku sedih.aku emo.

Kenapa harus kau tulis begitu?apalah sangat yang engkau bandingkan dengan aku.kau tak tahu apa yang aku lalui.kalau aku perlu kerja sampai waktu tidur aku cuma 4 ke 5 jam,mahukah kau tukar dengan aku?

Atau mungkin,kau yang tak pernah bersyukur.sebab bandingkan dengan aku?😑

Wednesday, November 11, 2015

Tiada rezeki

Jumpa kamu di syurga.itu pun kalau aku layak kesana.sayang kamu.

Al fatihah

Thursday, November 5, 2015

Lama Sangat

Hai,lama sangat tak berkarya dalam blog ni. Rata-rata sahabai handai pun sudah tahu pertukaran status aku. Punyalah tadi aku dok baca semua blog aku. Gila emotional pasal kahwin.

*gelak bodoh

Terlalu banyak yang ingin aku terima kasihkan. Ibarat pasir pasir di pantai pun ada. Betapa aku bersyukur di kelilingi keluarga (bukan yang jahat tu) , sahabat handai dan STRANGER yang turut menjayakan majlis pertukaran status aku ni. Hampir 3 bulan pertukaran status aku. Seperti di awangan lagi perasaan ini. Jujurlah aku rasa, masa nikah hari itu,aku di selubungi awan hitam (macam dalam komik). Aku sangat penat. Selepas akad pun aku masih rasa biasa. Sebab itu lah kot, Tuhan dah tarik apa nikmat selepas kahwin. Dok bercinta. PADAN MUKA.

Cuma apa yang terjadi pada aku.tak semestinya terjadi pada kalian. Aku pun pelik. Kawan-kawan aku semuanya jenis bukan 'kapel'. Adalah seorang dua orang. Tapi yang aku rapat ni majoriti tak 'kapel'. Untung kalian. hehehehe.

Back to my stories,

Kiranya selepas akad pun,rasa lame. Rasa cepatlah habis majlis ni. Aku dah penat. Besoknya,majlis bersanding pula. Mak Aih. Penat gila. Nak menadah senyum pada semua orang yang memberi reaksi "selamat pengantin baru,majlis ko ni fail", "eh,kenapa kelaur sanding lambat" "katering penipu,makanan tak sedap". Ah..f*&k betul aku rasa hari tu. Betullah. Memang Tuhan dah tarik nikmat aku tu.

Dalam banyak perasaan negatif yang menerpa dalam diri,aku masih belum boleh biasakan diri yang aku seorang isteri. Aku sudah ada pasangan yang sah. Aku tidak bersendirian lagi. Aku masih boleh bergantung harap pada harapan yang hilang dulu.

----

Suami.

Walaupun hari tu terasa suatu penyiksaan yang teramat sangat,namun si suami masih mampu berkata pada aku

"xpe,nantikan nak pergi desaru"

Aku pun gagahkan diri. Senyum kelat dimaniskan. Demi desaru.

kah2.

pendek cerita,aku mempenyai pelbagai perasaan pada hari itu.

-----------
Terima Kasih Suamiku.