Wednesday, October 22, 2014

dah keberapa kali.

argh!!

maaflah.aku bukan YES MAN. jadi semua yang buruk tu,akan nampak kat aku. banyak sangat coretan negatif kat sini.

tenanglah,jangan sampai rasa kesian.


------

Saturday, October 11, 2014

tc


no,i dont wanna be tough
i wanna make sure they can see me cry sure enough

-stingray affliction


another sad post.

what am i gonna do with you?

just leave

fair enough.


Wednesday, October 8, 2014

bulan merah

apa yang gembira dalam hidup aku?

aku suka bulan mac.

sebab bulan mac banyak kenangan.

semoga mac akan datang lekas.

aku tak sabar bersamamu kasih.


----------------


Monday, October 6, 2014

kontrak

dah bertahun aku berkontrak.tak ada pula aku rasa aku akan tetap.kekal.sebab aku tahu prestasi aku tak semantap yang lain.bukan aku menyalahkan yang lain,cuma aku.malas.entah dari mana datang semua negatif minda.aku juga tak mengerti.sekarang ni pun,aku menaip dalam gelap.forfeit from others.entahlah.terlalu sibuk melayan diri yang tak sempurna.

aku yakin,rezeki aku tetap akan datang.acapkali aku merungut bila ujian datang.memaki jangan di bilang berapalah.aku sendiri pun rasa berat bahu kiri aku ni.yang sebenar aku sendiri pun tak tahu.

kadang tu,aku rasa nak ambil dadah.biar aku boleh lupa semua ni.penat kejar baik.jahat senang.kentut je.penat jadi diri aku.drama.waras aku sentiasa ada.cuma waras aku suka berjalan jalan.aku perasan jugalah.aku selalu meroyan negatif di laman sosial.pernah juga kawan aku tegur.

punya angkuh.sampai rasa kontrak tak pernah berhenti.

berhenti.

entah bila kontrak aku dengan Tuhan akan habis.


------

Wednesday, June 18, 2014

kembali ke Qada dan Qadar tuhan


kadang,apa yang kau sangka itu tak semestinya selari dengan realiti.

jangan di persalahkan Yang Hakiki,

hanya kerana kita yang buta hati.
 
jangan mati.


---------

Sunday, June 15, 2014

Senggama hati

Kebelakangan ini,bukan main ranap dan sentap hati ini.tak tahu apa penyakit.bukan main sentap sepanjang masa.tak padan dengan umur sekarang.kalah orang monopous.transaksi perasaan ini amat tidak menyelesakan aku.apa ntah lagi orang sekeliling.buat rasa menyampah dengan aku.sungguh lah.aku dah cuba tahan apa yang aku rasa.ntah siapa cuba 'trigger',aku kalah.aku tetap beremosi tak memasal.

pasal sentap sentap ni memang aku sendiri tiada jawapan nak melawan.lagi lagi hal kulit.punya lah sakit hati.setahu aku,aku takda dok kutuk fizikal kau orang pun.sunnguh indah ciptaan tuhan,dan apa hak aku untuk mengutuk semua itu?apa ntah lagi kau semua.mulia sangat agak nya kulit lain dari aku.selagi kau semua belum berada ditempat aku,jangan mudah omong, 'aku paham perasaan kau,aku gurau je'.punya celaka pernyataan

cukuplah.aku mahu rasa bersyukur dengan kulit yg Allah beri ini.

jangan buat aku ragu ragu terhadaap pemberian Dia.

tolong,nyah dari sini.

Tuesday, January 14, 2014

Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya

kali ini aku menaip terus dari pejabat. tak terkira bosannya aku dengan urursan yang sediakala meruncing masa. setiap hari aku perlu melalui kesesakkan lalulintas. melihat bangsa sendiri mamah dek asap kenderaan berenjin. sudahnya jadi aku. badan penuh bau asap metropolitan. kadang,bila aku atas motor,saban kali aku berfikir,sampai bila sudahnya rutin hidup aku yang ini? betapa kuat orang orang terdahulu menenpuh hidup dengan aturcara sedemikian. aku yang baru setahun jagung hidup dalam alam pekerjaan ini telah dimomokkan dengan rasa kebosanan dan kemalasan. hasilnya ini,aku masih menaip di pejabat.

aku tahu,orang terdahulu kuat kerana tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. yalah,pada usia yang begitu muda, terlalu besar tanggungjawab mereka untuk mencari sesuap nasi untuk orang orang yang menati mereka dirumah. ya,mereka semua pada umur aku yang sekarang. aku sendiri masih mencari bait bait setiap kehidupan. malah aku sendiri sering bergaduh dengan diri sendiri. bergaduh kerana ketidaksamaan perasaan dan idea. itu baru aku dengan diri sendiri. itupun aku dah lelah hendak menjawab segala persoalan yang selalu ada. yang dengan orang lain? dah,jangan nak mulakan lagi. otak aku belum mampu proses lagi. cukup

kalau kawan kawan aku yang lain sedang seronok mengejar impian masing masing. ada yang sudah habis belajar. ada yang sedang menempuh pembelajaran dengan 'higher education'. ada yang dapat keselesaan bekerja. ada yang baru menempuh alam perkahwinan. ada yang sedang bersiap siap ke arah itu. malah ada juga yang telah kembali menemui Illahi.

aku sendiri seperti sudah tiada matlamat hidup. sudah mati untuk memasang angan-angan untuk masa depan. malah aku terlalu rasa kosong dalam jiwa aku ini seperti tiada dorongan untuk aku lari dari aturcara ini. selalu runsing terhadap kertas yang dianggap bernilai itu tidak cukup menyara orang orang yang mengharapkan aku. seperti aku seorang bapak. aku tak kisah. sekurang kurangnya, dengan jiwa yang kosong ini,mampu untuk aku gagah berdiri,berlari agar mereka tersiap sedia untuk mengharungi arus metropolitan ini.
semakin hari,semakin rakus terhadap generasi kami.

kalau aku mahu sambung pengajian aku,aku mungkin akan lari dari bidang aku sekarang. seperti aku tiada jiwa dan nafsu serakah untuk terus berjuang.

aku putus asa.