because we are defender - arctic monkeys
hari ini aku mahu menaip dalam bahasa melayu sebab aku tak mahu menaip dalam bahasa inggeris.haha
aku baru sahaja melepasi mood moody dan sempat merembat burger adik aku,resepi baru mcd.pfft.aku tahu.badan aku kian rosak sebab junk food ini.seberapa kuat pun aku melawan,tetap datang semangat yang hebat.
"makanlah aku,tak pe.sikit sahaja,apa lah sangat"
"wei,aku ni sedap tau,rugi kau tak makan"
"pergh,hilanglah nikmat kau tak makan"
antara dialog aku dengan makanan.lahanat sungguh.
betapa aku cuba mengelak,betapa nafsu serakah ni membuak buak suruh makan.
semasa belajar dulu lagilah.nafsu serakah terhadap makanan memang melampau.cubalah bayangkan.ada pulak yang teman.memang kami tak pernah berdiet pun.perkataan diet itu pun tak tahu.punyalah syok betul terhadap makan ni.
boleh sanggup turun ke kafe semata mata beli omelette telur tak pun waffer mamat bangla.tak payah cakaplah,betapa nikmatnya makan makanan tu.walaupun minyak banyak,waffer kadang kadang kurang perisa ,memang kami pejam mata sajalah,dari nak makan nasi goreng kafe bawah.NOKHAROM rasanya.
#ada aku mention time tu bilik aku dekat tingkat 4?haha
pernah jugak sampai mood gila,pergi makan dekat kedai makcik 'gunung'.jalan kaki dekat 1 km jugak lah.sebab masa itu lapa.boleh assume jauh jugaklah kedai tu.pergh.jangan fikir bukan bukan,gunung di sini maksud banyak.sumpah wei.banyak gila.harga standart time student.still affordable.menu yang aku suka kat situ dan sampai sekarang,"kuey teow kungfu takda sayur extra pedas".pergh.memang heaven makan kat situ.makcik tu pun sampai dah hafal menu aku.tapi,memang beruntung sesiapa yang duduk dekat sebelah aku sebab aku tak makan seafood.jadi aku wasiatkan ke mereka.mereka gembira,aku gembira.
lagi satu makan yang buat aku tertunggu tunggu setiap kali hari rabu,uncle bob.dulu aku punya tak suka kat ayam ni sebab rasa mahal gila.rm 5.50 untuk ayam semata.celaka rasanya kalau aku beli.kalau kat pasar malam selalu aku tetapkan bajet aku dalam rm5.00.kan dah lebih 50 sen.NOKHAROM kedekut gila aku.tapi,aku punya kedekut tu tak lama.sekejap je.nafsu punya pasal.memang aku belilah setiap hari rabu.
hari yang aku selalu tunggu.hari rabu.
sekarang,walaupun aku tak perlu tunggu hari rabu nak beli uncle bob,turun ke bawah untuk omelette dan wafer atau berjalan kaki ke kedai makcik gunung sebab aku naik kereta,tapi aku masih kurang sesuatu.
eh bukan sesuatu.
seseorang
bukan seseorang
sekumpulan manusia yang bernama
KAWAN-KAWAN yang bernafsu buas terhadap makan.
guys,aku rindu akan kerakusan kamu semua.