Saturday, November 30, 2013

the feel

It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not.

It is better to remain silent at the risk of being thought a fool, than to talk and remove all doubt of it.


Saturday, October 19, 2013

rawak

Sungguhlah.entri kali ni pendek.

Kecemburuan melihat sahabat handai mengorak ke alam lain.

Yes,kahwin.

Dan yang membantutkan nafsu dari terus meliar mencari keseronokkan,

Aku fikir mati.

Moga malam pertama aku disana aku perform sehabis baik.

Masih rawak.

Thursday, October 17, 2013

random

Assalamua'laikum,

Random.memang random.

Aku sendiri tercari-cari apa yang patut aku taip.

Biar kali ni,jari terus menaip dengan secara liar.aku tak mahu backspace.

Jujur kali ni.kebelakangan ini aku sering mentertawa terhadap status sahabat aku di facebook.

Perihal drama melayu.

Maaf.aku agak sacrams terhadap drama melayu sekarang.suka buai anak-anak muda terkhayal.makcik-makcik yang nak menantu kaya.pandangan mereka pada kotak hitam sangat dalam.seperti di rasuk pun ada.realitinya,selepas sejam,mereka kembali.tidak kembali secara nyata.

Apa yang aku nampak genre drama melayu sekarang ni,adaptasi novel.maaf.aku bukan golongan yang membaca novel ini.hero mesti orang kaya,heroin kekampungan atau miskin.kahwin paksa.tangkap khalwat.mak mertua benci.

Aku jadi menyampah nak tengok.

Terlalu dibuai keselesaan untuk penutup.

Aku tak rasa betul.

Scene kahwin,peluk-peluk.rasa romantik.rasa disayamg.

Hakikat kita semua tahu.itu semua syaitan punya hasutan.kita rasa selesa dengan melihat dosa.dosa oleh mata bogel sendiri.

Tolong.aku harap bukan aku seorang yang rasa macam ni.

Atau aku kolot?

Tipulah kalau aku tak tengok scene romantik orang kapir.

Yes,aku tengok.

Tapi mereka dah sediakala begitu.

Ini cerita melayu.Islam.

Random.
Random.
Random.

Pendapat aku.




Monday, September 30, 2013

FRESH ENOUGH

Masa berlalu macam tahu aku sedang menunggu.

Aku suka begini.perasaab yang diulit dengan penuh semangat kerja.


Agak skema.

Saturday, September 28, 2013

RAGU

Perasaan ini selalu muncul setiap hari isnin dan jumaat.Ragu-ragu ini tak bagus sebab aku selalu ada bermacam fikiran.boleh dikatakan aku selalu banyak berfikir.Hatta benda remeh pun.

Okay.

Macam ni ceritanya.

Setiap kali hari yang ini tiba,satu perasaan yang sungguh menusuk ke dalam satu.pelbagai pilihan yang perlu aku buat.

Ini bukan Monday Blues or TGIF.

Setiap kali tiba hari Isnin dan Jumaat,aku akan naik tren. Melainkan adik aku nak hantar aku ke opis atau budak opis aku rajin nak balik awal hari jumaat. Yela,hari jumaat ni jammed nye bukan kepalang.kadang boleh cecah 3 jam baru sampai rumah. Rata-rata budak opis aku akan balik lepas peak hour ni. Tak sanggup nak himpun dosa mencarut.

Mana cerita aku?

Jadi,bila kedua-dua situasi tidak memihak kepada aku,aku terpaksalah naik LRT. Aku kira agak beruntung jugak sebab depart dengan arrival aku adalah gombak dan asia jaya. Kalau tengok peta LRT ni,masing-masing dok hujung. Dengan erti kata lain,senanglah aku nak loloskan diri aku yang kecik molek dan touchdown the sit. Aku selalu bernasib baik dekat situ.

Biasalah,bila terlalu selesa,datanglah perasaan ragu-ragu ni. Aku selalu akan pilih tempat duduk yang sebelahnya dinding.bolehlah aku bermanja-manja dengan dinding plastik atau besi. Kalau kurang baik,aku duduk saja ditengah. Tongkat dagu dekat helmet. Keadaan aku bila naik LRT mesti ada beg laptop yang takda laptop,helmet dan mp3 yang di lolos ke lohong telinga. Aku lebih suka duduk sebab banyak barang yang aku bawak kat situ.

Jadi,keadaan ragu-ragu ni selalu tiba bila sampai ke stesen Wangsa Maju. Segerombolan manusia akan berebut masuk. Memang padat. Stail bas metro aku naik dulu zaman tingkatan 4 dan 5. Manusia ni bermacam bentuk. Pendek,panjang,bulat,petak dan segitiga.

kah.kah.

Oleh sebab itu,kejadian manusia terjadi dengan adanya dua manusia. Tak perlu explain detail lah kot. Yang detail aku nak cerita kat sini,keadaan manusia yang masih belum sempurna. Manusia yang bejasad,tapi belum ada. Macam parasit yang baik.

Hah,peninglah tu.

Orang mengandung.

Okay,yang ini aku selalu mengalah dan bangun untuk bagi diorang. Yelah,diorg bawak generasi baru yang bakal mengubah malaysia ke arah yang lebih baik. Yang jadi ragu nya bila aku bangun untuk bagi tempat duduk,diorang yang biasanya mengandung dalam 4 bulan ke atas akan duduk. Yang lain akan tolak.WTHeck!!aku dah lah bersusah payah nak bangun pegang helmet dan pakai beg laptop boleh pulak tolak. Jadi,apa yang aku buat?duduk balik.memang orang sekeliling akan paham situsi tu. Tapi bila orang stesen lain masuk,memang di serong serongkan pandangan itu. Penyelesaian nya,aku pejam mata,dan pura pura tidur. Dalam hati bersangka baik. Mohon agar beliau turun ke stesen seterusnya.

Satu lagi golongan emas.Diorang ni  susah nak cam. Dekat sini aku ada dua situasi. Yang pertama,kenalpasti mereka. Part nak mengenal pasti ni agak mencabar.sebab golongan emas memang 50 tahun keatas. macam 40 tahun? 30 tahun? Yang 50 tahun ni memang rare nak masuk LRT saat peak hour ni. Aku pernah ada situasi LRT padat tahap sardin. Dan time tulah budak opis yang aku selalu tumpang boleh pesan suruh bawak safety helmet dari rumah. Kira ada dua helmet aku bawak masa tu. Disebabkan dah termakan budi,aku bawak jelah.Dengan harapan dia akan menumpang kan aku Jumaat nanti.

Jadi,pada hemat aku,memang patut lah aku duduk sebab ada dua helmet aku bawak. Kalau aku berdiri,radius aku besar dan penumpang lain tak selesa. Jadi aku terus duduk dan pejam mata.

Nak dijadikan cerita,aku tersedar semasa di KL sentral,memang ramai dah keluar dari LRT. Yang buat aku tersedar,orang sebelah aku yang mengandung dalam 7 bulan bangun bagi tempat dia kat orang yang aku ragu-ragu dia tua atau tidak itu.

Argh.sekali lagi dipandang segampang itu. Dengan kondisi yang mamai,aku bangun dan bagi akak itu tempat duduk aku.

Dia pandang aku dengan muka yang kurang menyenangkan. Aku rasa pakcik tu ada dari masjid jamek lagi kot dan seingat aku,orang yang dok sebelah aku tu tak mengandung,ni mesti kes dia bangun. Dengan muka yang tak senang tu,dia tunjuk isyarat tangan. Dia kata tak mahu. Malu.nak duduk rasa bersalah.sebab ada dua prioriti yang memang akak dan pakcik tu patut dapat tempat duduk tu.teruskan berdiri kat tiang.tapi bukan kabin yang sama.aku berjalan ke kabin sebelah. Malu wo.

Sempat aku mengerling,akak tu masih tak duduk kat tempat yang aku bagi tadi.apakah hina sangat tempat aku itu?pelbagai persoalan menjalar dalam otak aku.

"Bangsar..Bangsar"

Aku berharap dekat kabin ini ada orang keluar kat stesen ni sebab aku nak duduk. Yes! memang ada. Jadi aku pun duduk sambil lagu breaking benjamin so cold berkumandang.

Sempat aku mngerling.akak tu dah keluar.

Mungkin muka dan isyarat tangan tu membawa maksud :

"Takpa dik,akak dah nak sampai,jangan bangun"

oh celaka.

penat aku dok beragu ragu,



Tuesday, August 20, 2013

Living is hard enough without your f**king up.


Yes. I admitted that I get what asked and I need bear with it. But do you need to an asshole when the consequences turn around me?

Let me tell you something, sometimes in my life it doesn't flow softly like you. Not given any break for me to take any deep breath.  So, I like to pray so that at least I can catch some air to move on.  I’m not like the most of you that living in comfortable life. Whatever you doing it just to be responsible to your life and yet, what you get is all your. I not envy, but envious!

Why I am being so cranky and suddenly post about something that can hurt your feeling?

And this question also keeps playing in my mind. Why would you do this to me? Yes. I’m pointing at you!

Would you mind to be more supportive?

Issues
1.      1. Tu lah hang,nak sangat pergi.kan dah dapat.
2.     2.  Kan aku dah cakap,tak elok.padan muke ngn ko.nak sangat.

Seriously, this statement really made me hurt.

I’m not regret what I’m doing right now. I’m just whining.  I just want to let the burden go.  I’m not regretting. I’m not quitting. I am really glad Allah gave me this opportunity on this job and at some point I feel so bless.  I will do it again if Allah let me.

I’m not getting any feud with you.

Thank You.




Sunday, May 26, 2013

mengaku sahaja.kamu jugak macam itu.=)

because we are defender - arctic monkeys

hari ini aku mahu menaip dalam bahasa melayu sebab aku tak mahu menaip dalam bahasa inggeris.haha

aku baru sahaja melepasi mood moody dan sempat merembat burger adik aku,resepi baru mcd.pfft.aku tahu.badan aku kian rosak sebab junk food ini.seberapa kuat pun aku melawan,tetap datang semangat yang hebat.

"makanlah aku,tak pe.sikit sahaja,apa lah sangat"
"wei,aku ni sedap tau,rugi kau tak makan"
"pergh,hilanglah nikmat kau tak makan"

antara dialog aku dengan makanan.lahanat sungguh.

betapa aku cuba mengelak,betapa nafsu serakah ni membuak buak suruh makan.

semasa belajar dulu lagilah.nafsu serakah terhadap makanan memang melampau.cubalah bayangkan.ada pulak yang teman.memang kami tak pernah berdiet pun.perkataan diet itu pun tak tahu.punyalah syok betul terhadap makan ni.

boleh sanggup turun ke kafe semata mata beli omelette telur tak pun waffer mamat bangla.tak payah cakaplah,betapa nikmatnya makan makanan tu.walaupun minyak banyak,waffer kadang kadang kurang perisa ,memang kami pejam mata sajalah,dari nak makan nasi goreng kafe bawah.NOKHAROM rasanya.

#ada aku mention time tu bilik aku dekat tingkat 4?haha

pernah jugak sampai mood gila,pergi makan dekat kedai makcik 'gunung'.jalan kaki dekat 1 km jugak lah.sebab masa itu lapa.boleh assume jauh jugaklah kedai tu.pergh.jangan fikir bukan bukan,gunung di sini maksud banyak.sumpah wei.banyak gila.harga standart time student.still affordable.menu yang aku suka kat situ dan sampai sekarang,"kuey teow kungfu takda sayur extra pedas".pergh.memang heaven makan kat situ.makcik tu pun sampai dah hafal menu aku.tapi,memang beruntung sesiapa yang duduk dekat sebelah aku sebab aku tak makan seafood.jadi aku wasiatkan ke mereka.mereka gembira,aku gembira.

lagi satu makan yang buat aku tertunggu tunggu setiap kali hari rabu,uncle bob.dulu aku punya tak suka kat ayam ni sebab rasa mahal gila.rm 5.50 untuk ayam semata.celaka rasanya kalau aku beli.kalau kat pasar malam selalu aku tetapkan bajet aku dalam rm5.00.kan dah lebih 50 sen.NOKHAROM kedekut gila aku.tapi,aku punya kedekut tu tak lama.sekejap je.nafsu punya pasal.memang aku belilah setiap hari rabu.

hari yang aku selalu tunggu.hari rabu.

sekarang,walaupun aku tak perlu tunggu hari rabu nak beli uncle bob,turun ke bawah untuk omelette dan wafer atau berjalan kaki ke kedai makcik gunung sebab aku naik kereta,tapi aku masih kurang sesuatu.

eh bukan sesuatu.

seseorang

bukan seseorang

sekumpulan manusia yang bernama

KAWAN-KAWAN yang bernafsu buas terhadap makan.


guys,aku rindu akan kerakusan kamu semua.