kali ini aku menaip terus dari pejabat. tak terkira bosannya aku dengan urursan yang sediakala meruncing masa. setiap hari aku perlu melalui kesesakkan lalulintas. melihat bangsa sendiri mamah dek asap kenderaan berenjin. sudahnya jadi aku. badan penuh bau asap metropolitan. kadang,bila aku atas motor,saban kali aku berfikir,sampai bila sudahnya rutin hidup aku yang ini? betapa kuat orang orang terdahulu menenpuh hidup dengan aturcara sedemikian. aku yang baru setahun jagung hidup dalam alam pekerjaan ini telah dimomokkan dengan rasa kebosanan dan kemalasan. hasilnya ini,aku masih menaip di pejabat.
aku tahu,orang terdahulu kuat kerana tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. yalah,pada usia yang begitu muda, terlalu besar tanggungjawab mereka untuk mencari sesuap nasi untuk orang orang yang menati mereka dirumah. ya,mereka semua pada umur aku yang sekarang. aku sendiri masih mencari bait bait setiap kehidupan. malah aku sendiri sering bergaduh dengan diri sendiri. bergaduh kerana ketidaksamaan perasaan dan idea. itu baru aku dengan diri sendiri. itupun aku dah lelah hendak menjawab segala persoalan yang selalu ada. yang dengan orang lain? dah,jangan nak mulakan lagi. otak aku belum mampu proses lagi. cukup
kalau kawan kawan aku yang lain sedang seronok mengejar impian masing masing. ada yang sudah habis belajar. ada yang sedang menempuh pembelajaran dengan 'higher education'. ada yang dapat keselesaan bekerja. ada yang baru menempuh alam perkahwinan. ada yang sedang bersiap siap ke arah itu. malah ada juga yang telah kembali menemui Illahi.
aku sendiri seperti sudah tiada matlamat hidup. sudah mati untuk memasang angan-angan untuk masa depan. malah aku terlalu rasa kosong dalam jiwa aku ini seperti tiada dorongan untuk aku lari dari aturcara ini. selalu runsing terhadap kertas yang dianggap bernilai itu tidak cukup menyara orang orang yang mengharapkan aku. seperti aku seorang bapak. aku tak kisah. sekurang kurangnya, dengan jiwa yang kosong ini,mampu untuk aku gagah berdiri,berlari agar mereka tersiap sedia untuk mengharungi arus metropolitan ini.
semakin hari,semakin rakus terhadap generasi kami.
kalau aku mahu sambung pengajian aku,aku mungkin akan lari dari bidang aku sekarang. seperti aku tiada jiwa dan nafsu serakah untuk terus berjuang.
aku putus asa.